Loading images...
Pengenalan
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu adalah sebuah Institut Kemahiran Awam dibawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Kursus Teknologi Automotif dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Automotif yang berada di bawah Jabatan Mekanikal & Pengeluaran, Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu.
Objektif Latihan
Melahirkan tenaga kerja mahir didalam bidang Automotif yang diperlukan oleh sektor Industri Automotif Negara.
Meningkatkan kualiti kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
Mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran perindustrian yang sistematik bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan.
Keterangan Kursus
Kursus Automotif adalah kursus yang melibatkan kerja-kerja latihan menyelenggara, merombakrawat dan membaikpulih kenderaan dimana ianya melibatkan beberapa sistem seperti sistem enjin, sistem autoelektrik, sistem penghantaran, sistem brek, sistem penyamanan udara kereta, sistem gantungan dan sistem stering. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang memenuhi kehendak persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sehingga ke tahap 4, Sijil Teknologi dan Diploma Teknologi Jabatan Tenaga Manusia.
Kemudahan
Bengkel Dan Makmal Komputer
Kelengkapan peralatan adalah memenuhi kehendak persijilan serta kemudahan makmal komputer
Elaun
Elaun saku sebanyak RM 100 sebulan. Elaun semasa Latihan Indusri sebanyak RM300 sebulan.
Penginapan
Penginapan asrama dan makan diberikan percuma.
Riadah
Surau, dewan besar dan padang permainan untuk kegiatan sukan, riadah dan kegiatan keagamaan
Tempoh Kursus
Tempoh masa kursus adalah selama 2 tahun (latihan) dan 3 bulan Latihan Industri.
Kelayakan Masuk
Kelayakan untuk memasuki kursus Teknologi Automotif ialah Lulus dalam SPM/SPMV serta lulus matapelajaran Matematik dan Sains.
Persijilan
Para pelajar yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya akan memperolehi :-
Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1  hingga 4
Diploma Teknologi Jabatan Tenaga Manusia
Prospek Kerjaya
Lulusan ILP mempunyai peluang kerjaya yang cerah dan menarik di pusat servis kenderaan, kilang pemasangan kereta atau membuka bengkel sendiri. Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan di institusi–institusi kemahiran lanjutan seperti ADTEC, JMTI, GMI, MFI dan IKTBN.

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can
take care of it!

Archives

All entries, chronologically...

Visit our friends!

A few highly recommended friends...